Thursday, November 1, 2012

Keputusan Piliharaya Kelab UMNO New York

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah mengalami satu proses pilihanraya yang sengit dan kesemua calon yang saya tidak nafikan semuanya boleh dikatakan "Outstanding Candidate", akhirnya saya mewakili pihak SPR UMNO New York ingin mengumumkan bahawa Piliharaya Presiden Kelab UMNO New York Sesi 2012-2013 telah dimenangi oleh:



PENGERUSI
MUHAMMAD IZWAN ABD MALIK



TIMBALAN PENGERUSI
LINA HAZWANI JAMALUDDIN


Analisa Pilihanraya :



Jumlah Keluar Mengundi :




Tahniah diucapkan buat calon yang berjaya! Semoga dengan mandat yang telah diberikan oleh 5 buat universiti ini dapat memberikan saudara/ri kekuatan dan semangat untuk membangunkan Kelab UMNO New York dengan lebih maju jaya.

Sekian, Terima Kasih

Muhammad Afiq Hassan
SPR UMNO New York



Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UMNO New York

Suruhanjaya Pilihanraya UMNO New York Terdiri daripada :


Muhammad Afiq Hassan
Pengerusi BPN USA


Nur Aqlili Riana Alias
Timbalan Pengerusi UMNO New York


Gajendran Karunhaniti
Naib Pengerusi UMNO New York


Nur Nabihah Hashim
Setiausaha Agung UMNO New York




Hurricane Sandy : Rakan-rakan Diminta Terus Berhubung



Salam Sejahtera buat Semua Rakan-rakan,

Selepas beberapa hari kita semua dilanda Hurricane Sandy, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat dipelajari daripada bencana tersebut. Namun apa yang paling penting saya mengucapkan syukur alhamdulillah kerana tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan serious yang dialami oleh rakan-rakan kita di New York / New Jersey. Untuk segala makluman ataupun update kepada KUNY bolehlah dihubungi terus kepada 201-744-4732. ataupun : umnonewyork@gmail.com

Kami sedia membantu dari pelbagai aspek. InsyaAllah

Stay Safe Friends!

Muhammad Afiq Hassan
Chairman
BPN USA








Friday, October 26, 2012

Manifesto : Muhamad Syafiq Mohd Din


Muhamad Syafiq Mohd Din
Industrial Engineering, RIT

VISION

Producing dynamic youth who are able to think critically and are able to integrate knowledge to broaden perspective.

MISSION

To build strong links with all Malaysian in the US regardless of race
To build leadership character and develop interpersonal skills of member
To nurture charitable trait among members
To cultivate inquisitive nature among members

Objective

  • Organize programs such as "KULN family day" at centralized theme park to get all the KULN members together.
  • Introduce programs to promote beloved Malaysia at a university which will be handled by KULN members of NY-NJ
  • Increases charity events such as visiting the old folk homes or orphanage
  • Introduce a program called "Read it" where members will be encouraged to reading intellectual materials to strengthen their general knowledge

Weakness of the club

  • It is very bias to the KULN members in Stevens Institute of Technology, which causes KULN members in other universities feel left out.
  • Not much collaboration with the main Malaysian Group club on campus which results in less participation of people in KULN

Strength of the club

  • It has an extremely good relationship with the embassy which makes it easier to organize an event since it gets support, approval and help from various sources.
  • There is a strong teamwork between members of KULN which is very obvious. This teamwork allowed them to organize many events successfully.


Thursday, October 25, 2012

Manifesto : Muhammad Luqman Bin Hisamuddin

Muhammad Luqman Bin Hisamuddin
Aerospace Engineering, SUNY at Buffalo


VISI

Mengubah dan membina  paradigma pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat melalui proses pemantapan akhlak dan pemikiran.

MISI

-       Melatih pelajar-pelajar luar negara agar menjadi pelajar serba boleh yang akan mendukung aspirasi negara untuk merealisasikan wawasan 2020.
-       Mendedahkan pelajar-pelajar luar negara dengan cabaran di luar negara dan menyediakan “survival kit” untuk mereka.
-       Memastikan pelajar-pelajar luar negara mendapat bimbingan agar dapat mengekalkan jati diri dan nilai-nilai murni melau proses pendidikan yg berperingkat-peringkat.

Perubahan Di Dalam Kelab

Sebagai seorang mahasiswa luar negara, saya tidak dapat menafikan bahawa KULN adalah sebuah kelab yang sudah berdiri kukuh  dan bergerak aktif dalam kalangan pelajar-pelajar luar negara. Namun, saya merasakan kelab ini perlu kepada penambahbaikan dari segi penyampaian maklmat dan kejelasan misi penubuhannya. Justeru itu, saya berharap agar ahli-ahli kelab ini dapat menonjokan diri di tempat masing-masing bukan sahaja dalam kalangan pelajar-pelajar Malayisa, bahkan pelajar-pelajar di Amerika Syarikat sendiri. Dengan itu, segala maklumat tentang KULN dapat diperjelaskan. Saya juga bercita-cita untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar luar negara menggunakan medium KULN agar dapat memudahkan kita mencapai visi yang telah saya hasratkan.



Kekuatan Kelab

“Kelab Umno Luar Negara” atau “KULN”, adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar luar negara. Tidak dinafikan lagi bahawa KULN telah memainkan pranan yang besar dalam menyediakan aktiviti dan mengambl berat tentang kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara. Kekuatan KULN juga terletak pada nama KULN itu sendiri dimana apabila disebut saahaja perkataan “KULN” pelajar-pelajar sudah sedia maklum bahawa kelab ini didukung oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dan mempunyai dana yang cukup untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk mencapai obektif penubuhannya.

Kelemahan Kelab

Sudah menjadi lumrah, sesuatu organisasi itu pasti mempunyai kelemahan yang tersendiri kerana setiap manusia mempunyai pemikiran yang terbatas. Walaupun bukan kesempurnaan yang dicari, namun proses penambahbaikan itu sangat perlu. Jadi, pada pandangan saya, antara kelemahan kelab ini adalah pada namanya. Walaupun nama KULN sudah tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar luar negara, tetapi namanya sendiri menimbulkan satu tanggapan yang sedikit kurang senang bagi rakan-rakan yang bukan berbangsa Melayu yang mungkin menjadi punca wujudnya sedikit jurang antara kita. Selain itu, pelajar-pelajar Malaysia juga ramai yang tidak jelas akan objektif penubuhan KULN. Hal ini menunjukkan kelemahan dari segi penyampain maklumat dan mungkin kelemahan dari segi objektif KULN itu sendiri. Oleh itu, KULN perlulah membuat refleksi tentang objektif penubuhannya serta sejauh mana pencapaian KULN setakat ini. Dengan itu, usaha kita untuk menyusun strategi dan mengorak langkah bagi mencapai ojektif KULN akan menjadi lebih mudah dan berbaloi pada masa akan datang.





Manifesto : Shahrul Fahmi



Sharul Fahmi
Civil Engineering RIT

TRACK RECORDS

Project Manager Co-op of Facilities Management Services at RIT 2012
Construction Team & Paddling Team of RIT Concrete Canoe Team 2012
Sports Committee of KULN RIT 2011-2012
Project Director of KULN RIT Sweat Day 2012
Project Director of KULN RIT Mengimbau Kenangan Silam Sukan Tradisional 2011
Sports Committee of ATUSA 2010

VISI

Melahirkan mahasiswa yang lebih berdaya saing melalui Kelab UMNO NY-NJ

MISI

Menerapkan budaya persaingan di antara pelajar Malaysia
Mencorak kempimpinan pelajar Malaysia supaya lebih berkeyakinan, berkaliber, berketerampilan dan bersifat terbuka di samping berpandangan jauh dan luas

Kekuatan kelab:

Saya akui walaupun baru sahaja beberapa tahun kelab ini ditubuhkan, ia telah menjadi satu kelab yang mampu menyatupadukan kebanyakan mahasiswa/mahasiswi sekitar NY-NJ menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang berkaliber, komited dan berpandangan jauh, kelab ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak sama ada yang di Malaysia, apatah lagi yang di Amerika Syarikat.

Kelemahan kelab dan cadangan:

Melalui pemerhatian saya, masih ada yang kurang jelas dengan tujuan penubuhan kelab ini. Masih ada segelintir mahasiswa/mahasiswi yang menganggap kelab ini sebagai sebuah parti politik dan bukan sebagai sebuah kelab yang membantu menyatupadukan mereka, melalui aktiviti2 yg bermanfaat yg dianjurkan oleh kelab ini. Hal yang sedemikian menyebabkan ramai yang tidak mahu mengikuti kelab ini. Namun, apa yg saya perhatikan kelab ini berpotensi, malahan mampu untuk membentuk mahasiswa/mahasiswi menjadi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi dari segala aspek, contohnya dari segi kepimpinan, kelunturan komunikasi, kemahiran dan pengalaman.

Sekiranya terpilih sebagai presiden kelab, saya akan mencuba sedaya upaya untuk menganjurkan beberapa aktiviti tambahan yg lebih bermanfaat buat para pelajar Malaysia di sini, di samping mengekalkan dan memperbaiki aktiviti-aktiviti yang sedia ada. Buat masa ini, saya memfokuskan untuk menganjurkan aktiviti yang lebih mencorak kepimpinan dan karier untuk para pelajar yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan.  Sebagai generasi muda, kitalah yang akan memegang tampuk pemerintahan, dan sebagai individu, tidak mustahil kita jua lah yang akan menjadi seseorang yang menjawat jawatan tinggi di dalam sesebuah institusi. Melihat ramai graduan-graduan dari Amerika Syarikat yang masih tidak bekerjaya juga membuatkan saya ingin membantu mahasiswa/mahasiswi yang masih ada untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara seperti itu. 

“A good dealer can never be a good leader; but a good leader can be a good dealer”




Wednesday, October 24, 2012

Manifestos : Our Future President!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kami mewakili Jawatankuasa 2011-2012 dengan bangganya mengumumkan bahawa inilah manifesto-manifesto yang telah dihujahkan oleh bakal-bakal peneraju Kelab UMNO New York kelak. Anda boleh  KLIK PADA NAMA untuk melihat manifesto-manifesto mereka. Ayuh mengundi dengan bijaksana!




















Muhammad Afiq Hassan
Pengerusi Kelab UMNO New York
Sesi 2011-2012